Wednesday, October 2, 2013

Pemimpin

Assalamualaikum.

Hari  Khamis hari tu, meal time pukul 4.
Curi masa sambil jalan ke groundfloor KLCC nak pegi beli makanan, call abah.
Sembang biasa.
Abah tiba;tiba cakap "nak bgtau ni, Ustaz Azizan dah takdak kul 11am tadi. Depa kebumi kat kolej Mak Uda pukul 5."
Cara abah sampaikan seolah-olah Ustaz Azizan saudara rapat kami.
Aku terdiam. Tak tahu nak respond apa cuma cakap "ya ka"
Lepas tu tak banyak dah berbual. Aku dah nak sampai Cold Storage.
Tahan air mata.
Hati sayu.



Aku tak pernah jumpa ustaz personally
Tapi setiap kali sampai kedah akan ada satu billboard muka ustaz sambil senyum seolah-olah menyambut kepulangan anak-anak kedah.
Aku mesti senyum.
Muka ustaz tenang.
Macam muka arwah Wan aku.
Ada satu perasaan tenang di sudut hati aku.
Aku suka.

Setiap kali aku baca berita pasal arwah ustaz hari tu, air mata mesti bergenang, mengalir slow slow
Rasa mcm kehilangan sangat.

Aku bukan orang politik
Aku baru mengundi sekali PRU hari tu
Tu pun aku tak tahu nak undi sapa
Balik mengundi sebab abang aku marah - kena jalankan tanggungjawab
Honestly, aku undi siapa based on influence family aku
Well, let's it's remain a history.

Setiap kali baca komen-komen orang Islam (which is semua komen pun dr orang Islam) kalau ada post paper pasal arwah Ustaz Azizan, sedih rasa.
Kenapa semua benda dalam hidup korang nak kaitkan dengan politik?
Tu je ke yang ada dalam fikiran korang?
24/7 politik?
Dah sampai mana dah?
Have some respect, beliau dah meninggal.
Respect him, his family.
Daripada komen-komen yang tak ketahuan punca tu esp yg guna perkataan yang tak elok tu , lagi elok korang sedekahkah AlFatihah kat arwah.

AlFatihah.












No comments: