Saturday, April 6, 2013

Duit.

abang aku pesan,
jangan cerita pasal gaji esp among friends (unless with someone ur comfortable friends lah)
apatah lagi with strangers

jadi aku mohon maaf jika aku pernah berkelakuan sebegitu sebelum ni,

orang cakap,
kalau cara kita belanja ni boros, cara belanja tak betul, gaji kau banyak mana pun tak akan pernah cukup.

orang cakap jugak,
makin besar gaji, makin banyak belanja nak kena guna

betul ke?
or bila gaji makin tinggi, gaya hidup pun kena berubah sebab tu belanja makin tinggi?

wallahualam.
jawapan tu hanya kita dan kita sahaja tahu.

aku yakin, semua orang pasti walaupun sedikit mesti ada niat untuk menyimpan setiap bulan, walaupun RM50
aku ada seorang kawan yg bgtahu aku dia memang tak boleh nak left even a cent untuk simpanan
aku selalu marah dia (bukannya nak ckp aku baik, cuma sebagai peringatan) simpan lah walau sedikit
dia tetap cakap tak boleh, lalu dia cakap dia nak beli kereta full loan.
bagus jugak macam tu, sebab Eas selalu cakap kat aku yang aku belum rasa beban hutang sebab aku belum ada loan apa-apa (exclude PTPTN ok!).
So maybe with that, kawan aku yang tak boleh nak menyimpan tu boleh 'simpan' untuk aset dia bila dia bayar kereta dia bulan-bulan

kadang-kadang aku duduk dan fikir jugak,
duit aku ni habis banyak kat mana?
sewa rumah ye lah, KL bukan mcm sewa kat Penang, Kedah or even Melaka (damn, Melaka punya rumah sewa tambah RM50 ja dr sewa bilik aku kt KL boleh dapat sebuah rumah corner lot pulak tu.)
pastu makan. of course makan paling banyak menyumbang
sebab tu walaupun aku tak suka keja shift malam sebab aku rasa waktu aku tak normal, situ belanja save sebab aku hanya spend untuk makan sekali saja. and cab pun hantar sampai rumah.

kadang-kadang jugak aku rasa maybe orang ingat aku kedekut
tapi aku rela orang fikir aku macam tu dr ingat aku ni banyak duit (tak banyak pun) & pemurah
then kau fikir kau boleh datang bila-bila masa nak pinjam duit dan suka hati bila nak bayar
aku banyak hutang pun dengan adik beradik sendiri esp abang 2nd aku (thank you, aku akan cuba bayar slow-slow)

faham tak maksud aku?

aku family sederhana.
abah buat bendang je. tu pun bukan semua bendang sendiri. banyak yang sewa
bila aku balik kampung tengok abah panas, hujan pegi bendang aku selalu rasa macam loser sebab tak boleh nak cakap kat abah " abah boleh berenti buat bendang, cek bagi belanja cukup tiap-tiap bulan."
aku tahu dia tak larat dengan kencing manis lagi.
tapi bila aku bagi duit kat abah dengan mak setiap bulan walaupun tak banyak mana,walaupun aku kerja swasta saja, bila aku tengok muka, mata dan senyuman depa, aku suka, bahagia.
dorang tak penah tanya berapa banyak aku bagi, dorang cuma ambik dan cakap terima kasih.
waktu aku nak pindah siap cakap tak payah la bagi bulan ni.........
mak penah sekali bgtahu aku dia gunakan duit aku dengan kakak ipar aku bagi dia untuk sedekahkan lauk kenduri kawan dia, moga-moga duit gaji kami diberkati.
see? apa seorang ibu boleh buat untuk anak-anak?

berkat dari mereka yang penting.

aku ada 3 orang lagi adik tengah belajar.
masing-masing pun faham, jarang sangat-sangat mintak duit kat abah sampai abah pulak pesan kat aku takut-takut depa segan nak mintak.
its not like we are very poor
both of my older brother have a very good job dan masing-masing ada contribution kat our parents and im very very proud of them.
cuma maybe cara kami dibesarkan sewaktu abah dengan mak susah
jadi kami tahu susahnya nak dapat duit untuk sesuap nasi

cara kami dibesarkan supaya pentingkan keluarga lebih dari pentingkan duit.
alhamdulillah, kami 6 beradik tahu kami have each other, tahu kami boleh cari siapa bila tak ada sesiapa di sisi.
praised to Allah.

dan saya tahu, lots of family out there juga diajar sebegini oleh ibu bapa mereka.
alhamdulillah


if you find that this entry macam riak atau nak menunjuk-nunjuk maafkan saya
maybe lepas demam 3 hari homesick tu tiba-tiba menyerang dan ada beberapa faktor persekitaran lain yang menyumbang kepada segala yang saya taip ini.

maka ingat lah, duit memang penting tapi duit bukan segala-galanya.

till then.

bye.
xoxo

2 comments:

Ekmi Rabat said...

Liking this post very much. Aku lagi lah rasa loser amat. Ayah cepat sakit sebab sakit jantung dia, mak dok bongkok2 motong getah anak dia ni dok berlajaq tak habih2.

Tak sabaq nak cakap "Mak, jaga ayah ja. Ceq bagi duit bulan2".

Shasha Saad said...

ekmi dear,
i believe that ur parents are damn proud of u :)
u r going to be a phd holder, Dr Nurul Ekmi bt Rabat very very soon.
and x lama lagi hang boleh kata mcm mn hang nak kata tu kt mak hang, insyaallah.
setiap kesabaran pasti ada ganjaran menanti, kan?
love u babe!