Monday, February 11, 2013

Mentaliti Umat Kita


Adik bongsu aku,Fahmi umur 20 tahun.
Dia tengah cuti semester, kerja part time jaga cybercafe.
Satu hari dia tertinggal henpon dia kat tempat keja, malang pulak hari yg sama (malam) cybercafe kena pecah masuk dengan perompak bangsat.
Rumors said kejadian tu sebat khianat semata-mata sebab depa cuma curi server utk cybercafe and kebetulan maybe henpon Fahmi terang-terang depa nampak so depa balun la.

Kesian Fahmi sebab henpon tu dia beli guna duit dia sendiri.
Kami adik beradik mana penah mak abah belikan henpon. (kami OK)
Masud aku kat sini bila kau beli guna duit titik peluh kau, mesti la frust tu lain macam kan?
Fahmi kalau dia cuti memang dia kerja.
Jaga cyber cafe, keja pam minyak.
Laptop sekarang dia pakai tu pun dia guna duit dia keja.
Sekupang pun dia tak mintak kat mak or abah.
I'm so proud of him. :')

Berbalik cerita henpon dia hilang tu, dia ada set mcm anti-theft ke apa ntah aku pun xpasti TAPI benda alah ni boleh detect sim card no bila kau tukar sim card.
Fahmi dapat emel, lalu merujuk kepada aku.
Aku cakap kat dia, aku tak boleh reveal maklumat. Dia paham.
Aku terfikir sejenak, sesungguhnya demi Allah aku memang terus fikir pasal confidentiality customer.
Aku boleh check, maklumat terbentang depan mata aku.
Kalau ikut hati aku, boleh saja aku bagi alamat dekat Fahmi, so dia boleh pegi cari.
Tapi sumpah demi Allah, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulut aku.
Bukan skema, tapi rasa TAK BOLEH.
Dan aku fikir jugak apa akibatnya kalo aku bgtahu Fahmi.
Kalau budak tu budak samseng? Dia belasah adik aku macam mana?

Tapi benda yang penting aku nak cerita adalah bila adik aku dengan orang yg handle cyber cafe tu pg refer dengan (aku marah sampai takmau taip) yang uruskan kes depa, PELBAGAI (middle finger) ALASAN lahanat tu kasi.
aku macam, apa ke bodoh sangat? kalo dapat detect sapa curi henpon adik aku tak ke korang boleh BUAT KERJA cari sapa pencuri tu?
kau ada simcard no, kau call la telco related and tanya. BUAT KERJA senang mcm tu pun susah ke manusia hoi?
kalau adik aku call sekalipun, procuder memang tak boleh reveal.
kenapa, kau ingat sebab yang hilang tu cuma server and henpon, kau tak payah BUAT KERJA ke?
sampai adik aku dah fed-up dan dia cakap "biaq p la.. (selepas selesai mencarut). malas dah aku nak proceed kalo dah kena layan mcm ni."
lalu aku pun menasihati dia "kalo nak proceed cuba p jumpa orang lain. kalau x mau, kena redha. jangan fikir dah pasal ni."
dengan lemah dia jawab "hmmm.. ok." pastu tetiba sambung dengan suara yang cergas "takpa la, aku nak p main futsal" -______-"

jadi, adakah kita boleh buat kesimpulan bahawasanya kes cikai-cikai mcm ni boleh dibuat tak tahu?
maka dengan itu jugak kita boleh biarkan pencuri cikai-cikai ni terus mencuri lah?

TAK PAHAM AKU!

aku ni perangai bila ada masalah yg related dengan aku, mula la aku duduk tak senang.
hari ni aku keja, aku bgtahu la sorang kwn office ni pasal masalah adik aku ni.
aku cuma nak tanya, boleh ke aku bg no fraud department kat customer?
bila aku cerita problem ni, i cannot believe what coming out from her.
dia cakap "alah, bgtau kat adik jangan la berharap. beli henpon lain."
aku terkejut, aku cakap la kat dia "u expect i akan cakap kat adik i mcm tu ke?"
dia gelak. "tak, i bukannya apa, (aku marah sampai takmau taip) tak akan pandang kes mcm ni... pastu dia cerita kwn dia kena ragut punya kes bla bla bla.."
aku tak tahu la mana keluarnya kekuatan kelaseran mulut aku pastu aku pintas, "ohmygod, mentaliti kita teruk eh?"
she looked surprised. kesah apa aku.
aku sambung " so, bila u cakap mcm tu u cakap mmg (aku marah sampai takmau taip) ni tak buat kerja la when it comes to kes mcm ni?"
amazingly, dia ada jawapan wei. "dah depa mcm tu, kes-kes mcm ni mana depa pandang."
aku reply "i cannot tell my adik that.he turns to me and i nak cakap mcm tu? at least bg la solution. i know tu cuma henpon tapi i also know that he bought it using his own money."
pastu ada lagi la dia menjawab.
SICK ok. mesti ramai je kan manusia berfikiran mcm tu.. sebab tu la wujudnya (aku marah sampai takmau taip) sebegitu.
goyang kaki forever.



aku tahu ini di luar kuasa aku.
siapa lah aku kan...
tapi bila aku dengar suara adik aku yang sedih tu, aku pun rasa sedih, sebak.
kena faham, beli barang dengan duit sendiri tak sama at all dengan hadiah korang dapat drpd sesapa pun.

korang, tengok la apa jadi dengan (aku marah sampai takmau taip) tu.
aku selalu dengar orang kutuk depa, tapi kadang2 aku backup jugak sebab bg aku tak semua depa mcm tu.
tapi sebab sesetengah perangai tak berapa nak elok tu lah buat buruk nama (aku marah sampai takmau taip) tu.

semoga Fahmi redha. abang dia, Asyraf kasi henpon Samsung kesayangan kat dia.
biaq abang pakai yg cikai pun tak pa.

ahhh, rindunya kat famili.


byebye

xoxo

No comments: