Saturday, December 31, 2011

hujung 2011

kita manusia, tak pernah tak cakap "kalau lah..."
orang cakap tak baik cakap gitu sebab takdir dah ditentukan.
tapi aku manusia biasa, bila mcm2 masalah timbul aku pun selalu cakap kat diri sendiri, kalau lah aku tak itu, kalau lah aku tak ini, and more of kalau.

hujung2 tahun ni,
macam-macam aku rasa aku nak kata kalau..

kalau lah aku tak kenal kau
kalau lah aku tak ikut cakap kau
kalau lah aku tahu dari awal benda nak jadi gini,
kalau lah abah naik keta malam accident tu,
kalau lah abah tak accident,
kalau lah aku belajar betul-betul dari awal sem,
kalau lah aku buang perangai suka merungut aku ni,
kalau lah aku tabah sket dari sekarang,
kalau lah perempuan tu tak wujud dalam hidup kau,
kalau lah kau tak pernah berubah,
kalau lah aku boleh halang dia dari korbankan masa bekerja,
kalau lah dia tahu betapa aku ambik berat pasal dia, bukannya aku tak suka dia,
kalau lah aku dah dapat tempat praktikal -____-"

kita manusia, tak pernah puas hati atas apa yg kita dapat,
mintak moto kat parents, dapat moto EX5 pastu rasa kalau lah dapat moto LC
mintak keta kat parents, dapat Kancil, pastu nak Myvi,

kita jarang sekali bersyukur,
bersyukur atas apa nikmat yang Allah kasi kat kita,
kita manusia ni selalu sangat nampak yang buruk first sebelum kita nampak yang baik.
lepastu kita merungut, orang tu tak betul, orang ni tak betul sedangkan kita tak pernah sekali pun nampak kesalahan diri sendiri.
mcm pepatah cakap, satu jari kita tuding kat orang, 4 jari lagi kita sebenarnya tudung kat diri sendiri.

bukan senang nak mengaku kesalahan diri sendiri,
realiti tu pahit,
pengorbanan tu sakit,
teguran tu sakit,
tapi kadang-kadang kita tak sedar benda yang mcm tu memajukan diri kita

aku menaip ni adalah utk rujukan diri sendiri
aku manusia tak sempurna, tak ada siapa pun sempurna,
aku bencikan kau, aku tak boleh tipu diri aku apa yg kau buat tu ok.
sedangkan benda tu bagi 90% bad impact kat hidup aku.
aku bukan sesetengah manusia yg sakit hati smpi ke kepala otak, tapi boleh buat muka toya takde pape.
aku bukan manusia yang baik hati boleh ditindas sesuka hati

aku tak pernah mintak semua ni terjadi,
aku tak pernah ramalkan benda ni akan terjadi,
aku takkan minta maaf, sama macam kau tak pernah minta maaf kat aku,
mungkin satu hari nanti, aku akan maafkan kau, one day.
kau nak maafkan aku? tak layak even a bit.

hujung 2011 adalah hujung yg pahit bagi aku.
aku bukan diri aku.
selalunya orang cakap, hujung-hujung ni manis,
ya, memang manis dengan keadaan aku saat ni bersama-sama kawan-kawan yg memahami aku,
walaupun aku tahu, sedikit sebanyak aku menyusahkan mereka, aku harap Allah balas jasa kalian.

aku harap 2012 membawa lebih makna bagi aku.
Nadia cakap please pupuk perasaan cinta tu,
ya, aku harap hati aku lembut enough to feel that feeling.
aku harap aku berjaya dalam karier aku, tamat belajar dengan jayanya dan insyaallah moga aku berjumpa dengan soulmate aku di masa hadapan.
insyaallah.

dear readers, HAPPY NEW YEAR 2011 :)

dan di harapkan 2012 membawa segala keberkatan bagi kami sekeluarga.
mereka tulang belakang aku, selama-lamanya.
:')



Xoxo

Te amo

No comments: