Thursday, December 22, 2011

Abah's little girl, always.




kalau nak compare akrab,
aku sangat akrab dengan abah berbanding mak.
mak selalu cakap, abah suka lebihkan anak-anak.
kalau mak marah anak-anak lebih-lebih, abah marah mak.
mak merajuk.

kalau nak ajak abah jalan-jalan,
mak mesti suruh aku yang pegi pujuk abah.
memang patut pun, sebab kalau aku ajak, abah mesti kata yes.

hehehe

abang Jon selalu cakap,
aku ngan adik bongsu aku, Fahmi anak kesayangan abah.
tolong la tanya tu, tolong tanya abah ni, abah habaq kat hangpa ja!
(kalo dia nak buat surprise apa-apa kat mak atau abah)

dulu time FYP 1,
sehari sebelum present,
hari semua orang sibuk kemas nak balik cuti sem,
aku duduk kat kedai makan oren dgn Nadia,
call abah aku bgtahu, takut sangat nak present.
abah tak paham present tu apa, aku bgtahu - duduk kat depan pastu cakap kat pensyarah
hehehe
abah kata, buat apa takut. abah kan ada kat sini. tak payah takut. :')

air mata berderai.


dulu waktu aku jadi cikgu ganti lepas habis diploma,
abah hantar aku awal pagi.
pegi ambik aku petang hari.
selalunya naik moto sebab abah guna jalan kampung.

aku mintak nak ambik lesen moto berkurun dulu,
abah tak penah bagi, katanya bukan nak bawak moto pun.
aku penah terlintas, abah ni kedekut sangat ke nak kasi duit ambik lesen?
kalau kat Terengganu dengan bermaharaja lela aku bawak moto,
kat Kedah sikit punya takut nak bawak sebab abah tak penah benarkan bawak
walaupun dah berlesen!

bila aku pindah rumah dah jauh,
aku pujuk abah, bagi lah bawak moto.
abah tak bagi. abah cakap abah tak harap.
aku pujuk setiap hari sepanjang cuti sem.
last sekali abah mengalah.
abah uruskan penghantaran.
cuba teka abah hantar pakai apa?
BAS.
abah sanggup sumbat kan moto EX5 yg dah berusia lebih dr 10 tahun tu dalam tempat bas.
kebetulan pak sedara aku tu driver bas. thank you pakndak, u help me a lot!!
moto buruk yg aku bawak diri aku ni pegi kelas setiap hari sepanjang setahun ni.
BURUK pun berjasa.
lebih baik dari takde. abah selalu cakap mcm tu.
abah taknak stay kat Terengganu lama-lama sebab ingat kat Ain.
sehari je datang, terus balik malamnya

kalau memori dengan abah, tak terkira banyak nya.
sama jugak dengan korang kan?

semalam pukul 3 pagi, adik aku Apat call.
aku memang tegak bulu roma kalo dapat call dr kg time2 gini.
dia bgtahu abah & mak accident time on the way nk g ziarah orang meninggal
ada kereta langgar sbb potong tak lepas time abah nak cross simpang.

apa perasaan bila terbayang abah & mak kita terbaring atas jalan raya?

aku tak dapat bayang melainkan menangis semalaman.

besoknya aku tak call.
sebab aku nak pegi kelas pukul 10.
aku call abang Jon sebelum pukul 2,
rupa-rupa nya abah tak kasi orang-orang kat rumah bgtahu aku yang sebenarnya abah kena tahan kat ward and schedule operate next day.
bila ckp ngan aku dia ckp gini : "Hang jangan gatai balik." -_______-"

dia tahu final aku dah dekat.
dia tahu aku dah nak habis belajar.

saat aku taip ni, Abang Jon dari KL dah selamat sampai Kedah.
dah update status dah jengok abah kat Hospital Sultanah Bahiyah.

i wish i sekuat Nadia yang sangat tabah atas kehilangan ayahnya baru-baru ni (Al-Fatihah)
jarang sekali aku tengok dia menangis depan kami kalo bercerita pasal arwah ayah dia.
walaupun ketika ayah dia bertarung dengan kesakitan ayah dia.
walaupun ketika dia tak dapat nak pulang ke Selangor atas sebab jarak yg jauh dari Terengganu,
walaupun aku tahu dia tahan semua kesedihan dia, aku tahu dia mesti sedih teramat.
cuma beza dia dengan aku, dia kuat. power kuat!

jujur, hati aku tak tenang.
minggu ni agak kejam dengan aku.
bermula kes internship.
sangat mengecewakan perasaan,
kepercayaan aku - luntur.
umpama cermin yang jatuh pecah seribu, mungkin sejuta.
atau mungkin tak terkira!

kemudian kejadian menimpa abah.
abah tak pernah sakit sebegini yg perlu stay kat ward.
tambahan pulak dia ada penyakit kencing manis, kebimbangan tu sangat membuatkan aku tak keruan.
kata lah aku nak berdrama swasta,
kami sekeluarga tak pernah alami benda sebegini,
tak pernah face even one member penah admitted ke ward.

dan perasaan nak bersama dengan abah waktu ni,
tak payah nak cakap.
macam nak panggil adik beradik Charmed, click aku then boleh telepot aku ke Hospital Sultanah Bahiyah sekelip mata.

kalau abah selalu dengan aku waktu aku susah,
kenapa aku tak boleh dengan abah waktu ni?


sacrifice.

maafkan cek abah!
abah kena kuat!
abah kena lawan kalau abah sakit!
abah kena ingat cek dah nak balik tak lama lagi.
cek akan cari tempat yang dekat ngan abah.
cek nak duduk dengan orang yang bagi cek bahagia.

insyaallah. one and half month more.

:')

im always gonna be ur little girl. forever. u are my no #1 man!




1 comment:

fazey said...

i.Allah..
takkan ada pape ;')
suruh abah tu pantang makan
biar cepat sikit baik lukanya

kalau menangis tu, boleh legakan seseorang..
go on sis
ksha takkan dianggap lemah kalau menangis :')