Tuesday, September 6, 2011

Break.even.

aku tahan menangis,
dada aku sakit,
aku tahan jugak jugak dari biar air mata aku keluar,
aku taknak air mata aku tumpah depan family aku sebab aku taknak dorang anggap tak berbaloi aku menangis sebab kau.

tp,

bila aku sorang-sorang mcm sekarang,
aku tak boleh tahan,
aku biar air mata aku mengalir,
selalunya mengalir perlahan,
aku boleh rasa panas air mata aku,
tp tadi, mungkin aku terlalu kecewa,
aku menangis teresak-esak sewaktu aku sembahyang maghrib,
aku tersedu-sedu tahan suara aku,

atau mungkin aku rindukan kau.......

:'(

aku mintak tolong pada Allah,
kuatkan hati aku,
tolong aku lupa segala benda berkaitan kau,
tolong sangat-sangat semoga aku jumpa sesuatu yang boleh alih perhatian aku,
dan yang paling penting
aku nak aku sorang saja rasa derita ni,
i hate to see my mom feeling sad about this too,
dan aku tahu, mak aku pun cuba sedaya upaya cover sedih dia tak nak kasi aku perasan.


mak aku penah pesan,
jangan babitkan diri pasal masalah kau,
dia risau aku trauma,
tp macam mana aku tak babitkan diri aku bila kau datang cari aku?
macam mana aku nak buat tak tahu bila kau menangis,meraung depan aku?
cuba kau bgtahu aku?


tahap aku sekarang,
aku masih belum let go benda ni,
sebab tu aku sedih,
sebab tu aku menangis,

sampaikan bila aku dapat tahu kau tak nak aku pegi jumpa kau,
deep deep inside me,
aku terdetik,
mungkin mcm ni lah rasa bila gf break up dengan bf.

walaupun aku belum boleh let go,
tapi bermula saat tu,
aku dah berusaha sekuat yg mungkin,
untuk belajar menerima yang kau dah tak sayangkan aku seperti sebelum ni,
aku belajar untuk melupakan persahabatan kita sejak kita kecil, i can say the friendship of 24 years.

aku mungkin hanya akan ingat yg manis,
tp tunggu,
semua dalam 24 tahun hanya yg manis, tiada yg pahit :(
sebab kau saja kawan terbaik aku.


Xoxo






No comments: