Monday, January 24, 2011

(TAG) DARI AIMAN. APE KE HEI NYA TAG SOALAN MAKANAN?? ;)

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut..
i) ikan terubuk bakar
ii) sup.. apa saja jenis sup.
iii) rendang ayam & daging --Tok aku masak!


Jenis air apa yang korang paling suka?
Air Asam Boi


Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
Malay : Nasi Lemak 60sen kat kampung aku. perghh. terbaik! most of makanan melayu lah, layan je
Italian : of course PIZZA! walawehhh lapar lak!
Arabian : roti arab tu arabian ke?



Apa makanan yang korang paling expert masak?
Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata , Wah,gila sedap!
Tidak lain dan tidak bukan, kuah sambal.
jangan gelak, terkenal hingga ke negeri Perlis & Pulau Pinang! hihi Terengganu tak berapa pasti! hihi


Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
Tak ingat la but kalo duit ada, takde la nak berkira sangat bab makan ni!


Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?
Currently : Restoren Selera Melaka dekat opposite track UMT. Nasi Ayam dia, pergh. Dah jangan banyak cakap, g try la baru tahu!


Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
Ok, bab ni sangat cerewet sikit. dalam senarai tu just can go with ayam, burung puyuh. tu je kot. wth burung wak2 ngan merpati tu? bleh makan ke?


Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda.
Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
eeeeeeeee... AKU SINGLE LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
eeeeeeeee... AKU SINGLE LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! *benci la soalan berunsur relationship nih*
but if i have to choose, air kot. Air Oren Sunquick!


Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
paling kurang pun air kosong!


Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung.
Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
aku suka makanan ni tapi kalo aku degil mengidam makan, parah lah akibatnya - NASI KERABU!


Menu raya yang paling disukai?
rendang Tok masak ngan kuih aiskrim Makcik Ila buat! 


Jajan/ cekedes yang korang suka
Rocky. Biskut panjang2 ada celup coklat sket tu.


Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
SEMUA MAK AKU MASAK SEDAP!!!!!!!!!


Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
entah, aku suka pedas je. 


Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
grrr, Aiman. soalan2 nya sangat tak menyelesakan! hahaha
Aiman ni kena kasi nasi goreng ayam Selera Melaka, nasi lebih, sambal lebih! hihi


Sila tagged 15 orang dan PAKSA mereka buat tagged ini..

tihin, nadia, fatin, ammar, akmal, kak lin, kak hani, ekmi, hana, hanie, shida, joe, dayah, kirat, abg jon, 

cukup tak?

hahhaa

mode : tak boleh tido ni!

XOXO

1 comment:

Elylinn said...

bab2 makanan ni abg jon paling expert, sbb tu perut dia boyot daripada kak lin, muehehehe... so nnt kak lin paksa dia buat (^-^)