Friday, October 1, 2010

rendang menantu menjadi.

hehe
ok, tajuk gempak lebih!
sbb teringat cerita cerekarama yg fazura belakon dulu2 tu..

tapi mmg ini entri pasal rendang ye.


masak.
oh, i mmg suka memasak.
bila rajin saja. bila malas, jangan la kau suruh aku masak.
nnt kalo x pedas sgt, masin betul wakakaka
so, xbleh kategori hobi.
kewajipan perhaps sbb aku pompuan.
dh lah sorang pompuan, mak mmg akan aku suruh masak sampai pandai.
tapi x pandai jugak mcm mak.
huh,

dulu rajin masak sambal jek sbb tu paling senang, paling cepat.
sbb bila malas, just masak nasi & buat sambal
pastu brothers akan goreng telur ayam sendirik.
ha, senang kan?

pastu kesian kat abah, nnt makan nasi xde kuah sbb abah mmg xmakan sambal kecuali sambal sotong kering.
so, buat lah sayur sambal belacan or kalo setengah negeri panggil singgang.
tp 'singgang' aku simple the simplest way, campak2 saja.
tp abah ckp mmg sedap.
entah lah sama ada abah ikhlas atau nak ambik hati saja! aishhhh..

pastu bila kesian kat abah, asyik sayur ikan saja, xde kaler pun nasi abah,
i belajar buat gulai / kari.
abah ada gak bersuara sebelum tu,
"belajaq la buat gulai, takpun asam pedas" ---> hint lah tu dh bosan aku masak sayur ikan jek
aku diam. sekejap je pastu aku respon "cik x makan gulai, asam pedas jadi xpayah lah belajaq masak!" sungguh yakin aku jawab!
abah tepuk dahi! "nanti laki hang nak makan mcm mn?"
aku balas dengan senyuman manis! hahahahaha
abah gelak kuat2.
ok, bila belajar buat gulai, aku sms Kak Zila tanya ingredients.
Kak Zila sms. So, jadik jugak akhirnya walaupun lambat siap.. hehe kesian abah.
pastu, aku hanya rujuk myresipi.com .
walaupun malu nak mengaku, aku masih lagi belum ingat sepenuhnya cara nak wat kari.
bukan la x reti cuma x yakin, so kn jugak la rujuk resipi.
aah, x kisah lah kan. janji jadik dan sedap [kihkihkih] yg penting, xde org sembelit makan masakan i!

pastu, mula la belajar buat nasi ayam, ayam masak apa ntah, dh lupa tp i ada post dulu kat sini!
pastu masak kurma, dan lain lain [konon banyak la! haha]

my dear mum tukang masak tau kat kedai makan.
kind of popular jugak kedai yg mum keja tu.
bukan nak puji tp mmg betul.
ye lah, masakan mother mmg lah sedap kan for everybody of us,
but, sepanjang i belajar masak, i never panggil mum datang dapur suh ajar satu persatu.
entahlah why,, tp mmg gitu jadinya!
selalunya ngan Kak Zila lah.
hehehe

TAPI

bila kat Terengganu,
everytime nak masak.. i akan google resipi.
salin apa benda nak beli.
konon2 malas lah nak call mak, tanya cara2 nk masak.
malu, sbb bila kat umah xpenah nak tanya.
but then, bila dh beli barang suma, rasa mcm "aishh, betul ke ni aku nak buat resipi internet ni? kalo x jadik rugi ni!"
last2 call mak eh bukan. miss call mak, pastu mak call balik.heh
jadi, terjadi lah sesi pembelajaran bersama mak melalui telepon! hehe
[pastu balik rumah mak bising, nk masak baru nak tepon! hehe tima kasih mak!]

HARI INI!

setelah sekian lama selepas peti ais rosak,
terasa nak masak pulak..
itupun pas sembang ngan Epul & Zaher, ckp i teringin nak makan rendang.
sbb i rasa mcm nk makan pulut kuning.
tapi, mn penah aku masak pulut. itu mmg cr nahas kalo nak pandai2 masak pulut.
lagipun, perut Zaher x tahan makan pulut hahaha ye tak Zaher?

mereka mula lah berangan - angan sedapnya makan rendang dengan nasi putih!
buat muka sedih kat rumah xde sape2
maka saya pun berasa kasihan lalu bersetuju nak masak rendang.

what a great thing about i masak kat Terengganu is suma yg i masak adalah 'the 1st time' masak.
gulai ikan kering, kuih bulan puasa yg i tak reti sebut tu, dan lain - lain.
rendang mmg feveret i, tp everytime mother or Kak Zila or TOK i yg sumpah sedap buat rendang daging tu masak, i langsung xpenah ambik tahu.
sort of, x sampai seru la hehe
tp pagi tadi, seru dah sampai.........

so, macam biasa, mula2 xnak tanya mak.
last2 mengalah jugak! huahuahuahua
terima kasih mak!

so ini lah hasilnya


ini belum jadik lagi..
tapi
serius i excited tahap gaban
sbb
hahah cantik lah sbb bila masuk santan.
mcm selalu tgk dalam TV tu
haha JAKUN!
maap la gambar x secantik real sbb E63 punya kamera mmg hampeh ye.. heee
but i love u my henpon!!


ini dh terhasil..
alhamdulillah, jadik jugak akhirnya..
walaupun x sesedap rendang TOK i huahua


xoxo
asam pedas masih belum sampai seru.
dapat kahwin ngan org melaka mau x mampus nnt! hehehe KALAU je..
and one more, i suka masakan N9. Pedas & Sedappppp!
=)

happy weekend dolls!


No comments: