Thursday, October 28, 2010

insyaallah, cinta sepatutnya bahagia.




bercakap pasal cinta, maksudnya bercakap pasal hati dan perasaan.
bila bercakap pasal hati dan perasaan isu tu amat sensitif.
pada aku lah, org lain aku tak tahu.



ada sorang kawan tersayang sangat risau pada usia kami ni, dia masih tak ada teman hidup.
biasa lah, kalau dah kerja. mmg isu tu je yang dok pikir.
aku ni tak larat, setiap kali km sembang mesti dia akan luah perasaan risau dia.
pastu cakap takut jadi anak dara tua.
aishh, sentap aku. ye la, dia risau, pastu ingat aku x risau ke?
tp aku ada excuse paling besar sbb aku still belajar.
pastu aku kena lah cuba jadi penasihat terbaik.
sampaikan aku terpaksa cakap macam ni :

"i doa kat u setiap hari tau. doa kat u ngan i. may we find our soulmate soon."

dia gelak. hahahaha
aku serius pun dia gelak. hahahahampeh! haha



baru2 ni dalam tgh melawak ngan sorang kawan lelaki office dulu yang minat Arsenal sama2, aku tanya dia bila nak kahwin?
pastu dia jawab dgn humble dan sangat sedih jawab :

"hang tanya aku soalan kawen, aku sangat sedih kerna status ku da berubah bkan seperti dulu.."

woh, terkejut beruk bila aku tahu.
yes, sebab they are such a loving couple and tup tup after a year and a half i tak jumpa dorang, dh mcm ni jadinya.
aku tak tahu berapa lama dorang bercinta, tp time masuk keja kat Vads, dorang batch bawah aku. time masuk tu mmg dh couple.
hurmmmm,, itu lah kan. jodoh, pertemuan semua kat tangan Allah.




tadi, kawan baik cerita masalah dia.
she seems cool but i know deep down inside it hurt her like hell.
sabar sayang, kalau ada jodoh tak ke mana.
maaf bila aku cakap :

"lelaki memang tak akan pernah cukup dengan satu"

aku tahu, statement tu ala-ala tak adil.
x semua mcm tu, aku tahu.
tapi kebanyakkan yg aku jumpa zaman sekarang semua macam tu.
maaf ye lelaki!

bila kawan baik ni pulak berbicara

tapi.. macam mana.
setahun manis lagi rasanya.
2 tahun, di awang-awangan lagi
tahun ke-3, baru buat hal?

bagi aku, pendapat aku.
semua pokok pangkal hati sendiri.
kalau dah sayang.
semua boleh jadi.

sedih aku dengar, baca. rasa mcm meruntun jiwa.
statement tu mmg betul.
aku pun tumpang sedih.


pastu sorang lagi kawan baik buat statement baekkk punya.

"aku rasa aku dah takde selera ngan lelaki!"

mula2 aku gelak.
tapi dalam keta sepanjang jalan dr Batu Rakit sampai Gong Badak aku terfikir - serik ke budak ni? sebab dia mmg banyak kali sangan kecewa.
ko jangan, jangan tutup hati terus. bahaya.



sighhh...
tu lah kisah cinta yg aku observe lately.
aku?
jangan tanya sebab aku xde jawapan [ececece]

kawan kesayangan cerita no 1 berkali kali cakap. dont deny the feeling inside.
haihhhh, susah bila tersuka kat orang yang salah.
no, it just a crush. singgah sekejap je kat hati pastu blah la..

kadang2 aku rasa bab commitment, aku mcm si Robin dalam HIMYM
so afraid of that. never want a TWO. just me. just one.

[ye la, bab lawa : SUMPAH LAH SI ROBIN TU LAGI CANTIK TAHAP CIPAN NAK MAMPUS LA WEI!]

but

for me, i believe in fate.
kalau tuhan dah cakap dia jodoh kau, dia lah.
kalau kau bercinta bagai nak rak, bagai nak runtuh pun,
kalau tuhan cakap, itu bukan jodoh kau,
maksudnya bukan jodoh kau.

bersabarlah wahai kawan-kawan.
bersabar. insyaallah, segala yang jadi ada penyelesaiannya.

xoxo
ada org cakap aku nampak muda. kahkahkah [wei tihin bukan Pakda je cakap ok!]
so, should i break the rules? rules paling agung dalam list date i --- taknak muda dr saya!
should i?

2 comments:

nadia said...

cinta yang betul2 setia..
mmg patut bersatu..

dulu, terpikir..
mungkin dia tulang rusuk..
pelengkap hidup

tapi sekarang...
tak nak letak harapan yg terlalu tinggi..


btw,
jangan takut utk jatuh cinta :)
lumrah alam..
bahagia-gaduh-bahagia


"All girls have so much beauty inside and outside, don't hurt them... respect them and love them!"

.MISS_SHASHA. said...

nadia - i know. i kinda believe in fairytale. i believe there are some one perfect for us. i still waiting for the right prince to come to make me believe in love again. im not scared to fall. im just not find yet :P
u take care dear!