Wednesday, March 31, 2010

DIN BERAMBOI is really2 sick!!


dapat tahu dari aisyah,Din Beramboi sakit sama ngan arwah..
koma kat Hospital Selayang..
katanya sbb shooting pet show..

ini i ambik dr gua.com.my

TERKINI (dikemaskini pada jam 7 malam)
GUA sempat berbual dengan Afdlin Shauki sebentar tadi dan Afdlin mengesahkan Din Beramboi dalam keadaan kritikal. Menurutnya, doktor sedang cuba menstabilkan keadaan Din. Keputusannya akan diketahui dalam masa diantara 24 hingga 48 jam.

Kongsi Afdlin, dia sempat menjenguk Din yang dalam koma. "Kita berdoa untuk yang terbaik," katanya.

Tentang berita yang Din terkena jangkitan kuman daripada kencing tikus, Afdlin memberitahu itulah yang diceritakan isteri Din yang telah dimaklumkan oleh doktor.

(dikemaskini jam 9 malam)
Seperti yang diumumkan di Buletin Utama TV3 tadi, Din Beramboi yang kini berada di ICU Hospital Selayang memerlukan darah jenis 0 dalam masa 24 jam.

Din dilaporkan terkena jangkitan kuman daripada kencing tikus ketika menjalani penggambaran. Ekoran daripada itu, organ dalamannya dikatakan tidak berfungsi dan dia juga mengalami pendarahan dalaman.

TERDAHULU
Punca Sakit Din Beramboi Tidak Diketahui
Bila dihubungi AMP Radio Networks, jurucakap mereka
memberitahu Din Beramboi telah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Namun tidak diketahui punca penyakit DJ Era itu. Yang dapat dikongsi, "he is just really sick".
i learn that this is surely leptospirosis the same disease Afif Asyraf had..
i darah O, kalo i dekat2 selayang, pasti i tolong derma darah...
moga segalanya okay buat Din..

xoxo
insyaallah

No comments: